Jangan Abaikan Mereka!
Masa Depan mereka sangat bergantung kepada apa yang kita rancang.
Cuma tinggalkan detail sebagai langkah pertama.
Sebagai seorang ayah, kita mungkin kurang luahkan perasaan sebab lagi banyak fikir tentang macam mana nak sediakan kehidupan yang paling baik untuk keluarga.
Tapi bila ada anak autism ni, ada satu benda yang mungkin selalu bermain di fikiran:
“Kalau satu hari nanti aku dah tak ada, siapa yang nak pastikan anak aku ni terus terjaga?”
Mereka masih perlukan tempat tinggal, makanan, penjagaan, rawatan dan seseorang yang memahami dunia mereka.
Kita memang tak akan ada dengan mereka sampai bila-bila.
Tapi kita masih boleh rancang supaya mereka terus ada apa yang mereka perlukan, walaupun kita dah tak ada.

Berat kan ayat tu? Tapi bagi sesetengah ibu yang membesarkan anak autism, itulah bisikan kata hati yang kadang-kadang terlintas.
Bukan sebab mereka tak sayangkan anak.
Ini sebab mereka terlalu sayang dan kesiankan anak mereka.
Suatu hari nanti, kalau ibu ini sudah tiada, soalannya mungkin:
“Siapa yang boleh faham dan jaga anak saya seperti saya?”
Kitalah yang paling tahu rutin, keperluan dan benda-benda yang buat mereka selesa.
Kita memang tak mampu kawal masa depan.
Tapi kita boleh buat persiapan. Supaya nanti, walaupun kita dah tak ada, mereka masih ada apa yang mereka perlukan.

Makanan
Tempat
Tinggal
Therapy dan Rawatan
Pakaian

Ada seorang mekanik kereta yang saya kenal. Umur dalam 30-an. Kita namakan dia Arif.
Arif ni dah kahwin dan tinggal dekat dengan rumah mak dia, Makcik Siti.
Dekat rumah Makcik Siti tu, tinggal seorang lagi ahli keluarga mereka. Sepupu Arif, lelaki autism yang dah umur lebih 50 tahun. Kita namakan dia Sufian.
Dulu, Sufian tinggal dengan mak dia.
Sufian ni walaupun dah besar, dia memang tak boleh urus diri sendiri. Nak mandi, bersihkan diri, nak bergerak pun kena ada orang tolong.
Selama bertahun-tahun, mak dia lah yang jaga.
Sampailah lebih kurang 3 tahun lepas, mak dia meninggal.
Sejak tu, Makcik Siti pula yang ambil alih jaga Sufian.
Cuma masalahnya, Makcik Siti pun dah lebih 60 tahun.
Dan keadaan Sufian sekarang lagi mencabar.
Lebih kurang 6 bulan lepas, sebelah kaki Sufian terpaksa dipotong sebab kencing manis.
Sekarang dia guna wheelchair.
Nak bergerak kena tolong. Nak mandi pun kena angkat. Benda simple macam nak pegang getah air untuk mandi pun dia tak tahu.
Jadi kalau Sufian jatuh atau perlukan bantuan, Arif lah yang akan datang tolong mak dia.
Tapi Arif sendiri pun ada slipped disc.
Saya pun pernah tanya dia,
> “Kalau ambil orang untuk jaga Sufian, berapa kos?”
Dia kata kalau ambil pembantu dari Indonesia pun, sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.
Masalahnya, keluarga mereka memang tak mampu nak keluarkan RM2,000 setiap bulan.
Jadi buat masa sekarang, mereka teruskan juga jaga Sufian dengan apa yang mereka mampu.
---
Cerita ni buat saya terfikir satu benda.
Selama ni bila kita fikir pasal masa depan anak autism, kita selalu tanya:
“Siapa nak jaga anak kita kalau kita dah tak ada?”
Tapi sebenarnya, itu belum cukup.
Kalau orang yang kita harapkan untuk jaga mereka tu pula dah tua?
Kalau dia sakit?
Kalau satu hari nanti dia sendiri dah tak mampu?
Dan kalau kena ambil orang untuk jaga...
Siapa pula nak bayar?
Sebab tu saya mula tengok perancangan masa depan anak autism dengan cara yang sedikit berbeza.
Bukan setakat fikir siapa yang akan jaga.
Bukan setakat fikir berapa banyak duit nak tinggalkan.
Tapi kita kena fikir sekali:
Macam mana nak pastikan penjagaan mereka boleh terus berjalan, dan duit untuk menyokong penjagaan itu tetap ada — walaupun satu hari nanti kita dah tak mampu berada di sisi mereka.


Sibuk Sangat Hari Ini, Sampai Terlupa Hari Esok.
Tiap-tiap hari, parents sibuk menguruskan terapi, sekolah, perkembangan anak, kerja dan cari duit.
Sampai kadang-kadang, terlepas pandang rancangan masa depan anak.
Bukan sebab tak nak merancang, tapi sebab hal hari ini pun dah banyak nak kena selesaikan.
Tapi masa tetap berjalan. Bila kita nak mula fikir supaya anak tak melarat nanti?

Isi maklumat di bawah. Saya akan hubungi anda untuk berbincang tentang keperluan anda.





Ya memang sebak... Tapi kalau kita tak buat apa-apa persediaan untuk masa depan mereka LAGI KESIAN.
Walau pun kita tak tahu apa nak jadi nanti, kita boleh je buat plan nya sekarang.

Planning yang wajib ada bukan setakat berapa banyak duit yang nak kena ada.
Tetapi siapa yang akan uruskan, bagaimana nak sampaikan pada anak, dan macam mana kita nak buat dia jadi sokongan jangka panjang.
Jadi saya nak perkenalkan pada anda
Apa model program AFC?
Dalam AFC, Kita Akan Bincangkan Framework Penjagaan Masa Depan Mereka.
Kami nak bantu ibu bapa untuk lihat keperluan anak untuk jangka masa panjang — daripada A hingga Z.
Insya Allah, kita bincang sama-sama macam mana nak buat persediaan supaya apa yang kita usahakan hari ini boleh terus bantu mereka nanti.


Hi, kami Roz & Darul .
Kami sendiri direzekikan dengan anak-anak istimewa Ammar & Marsha dalam keluarga kami. Oleh itu kami sedar untuk anak-anak ini, betapa pentingnya meninjau persiapan masa depan walau pun sibuk menguruskan hal-hal semasa.
Semoga kami boleh memberi manfaat kepada anda juga. Insya Allah kita jumpa nanti.
Dah sedia untuk bincang tentang masa depan anak anda? Letakkan detail dan kami akan hubungi untuk bantu anda.
“Autism is not a tragedy. Ignorance is a tragedy.” — Kim Stagliano
P.S. — Sebelum kita terlepas pandang lagi.
Selama ini pun kita mungkin tak sempat rancang. Tapi kalau kita sendiri pun tak buat rancangan untuk anak kita ni, kita nak harapkan siapa?
Copyright 2026 | autism.rozlinah.com - Disclaimer